Watikah Pengawas Pusat Sumber 2009
Watikah Pengawas-pengawas Pusat Sumber
SK Cator Avenue Ipoh Tahun 2009
Hari ini ialah hari Sabtu, tetapi semua murid diwajib hadir ke sekolah kerana sekolah memohon cuti ganti untuk Tahun Baru Cina 2009. Pada waktu perhimpunan pagi ini, semua murid sekolah berkumpul di dewan terbuka untuk menyaksikan Perlantikan Pengawas Pusat Sumber SK Cator Avenue tahun yang baru ini. Guru Pusat Sumber, Pn Hairunishah mengambil peluang ini memberi sepatah dua kata kepada semua pengawas pusat sumber dan murid-murid Sekolah Cator Avenue mengenai peraturan-peraturan di pusat sumber dan cara-cara meminjam buku dan juga mengingatkan murid supaya selalu membuat buku NILAM pada masa lapang. Kemudian Guru Besar pun menyampaikan sijil pusat sumber kepada pengawas-pengawas yang telah dilantik. Selepas itu, pengawas pusat sumber pun membaca ikrar dan berjanji akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengawas pusat sumber di Sekolah Cator Avenue Ipoh. Akhir sekali, semoga sekolah kita berjaya dan mendapat kecemerlangan dalam semua aspek kegiatan kurikulum dan juga kokurikulum. Sekian Terima Kasih.


