Waktu Pulang Sempena Hari Anugerah
Pemberitahuan Waktu Pulang Sempena Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 Dan 2009 Peringkat Sekolah
Dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 dan 2009 pada 18 November 2009 (Rabu), jam 2:30 petang di Dewan Sekolah Kebangsaan Cator Avenue.
Bersempena dengan majlis tersebut, semua murid Tahun 1 hingga 6 dibenarkan pulang pada jam 12:30 tengahari (18-11-09). Hanya murid yang terlibat dengan majlis Hari Anugerah sahaja yang dikehendaki hadir pada sebelah petang melalui surat jemputan yang telah diedarkan sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengatur pengangkutan pulang anak/jagaan tuan merujuk kepada waktu yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.