Posts Tagged ‘Kinta Utara’

Anugerah NILAM 2008

Majlis Anugerah NILAM Daerah Kinta Utara

Majlis Anugerah NILAM 2008 Daerah Kinta Utara telah dilangsungkan pada 6 November 2008 (Khamis) di Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh Perak. Majlis ini turut dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Said Bin Manap AMN., AMP. (Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara).

JAWATANKUASA PENGELOLA:

Penasihat: Tn Hj Ahmad B. Patoon (Timbalan PPDKU Pengurusan Akademik)
Pengerusi: Tn Hj Mohd Harmain B Mohd Amin (Pengerua SMK Seri Putera)
Timbalan: Pn Hjh Halimaton bt Abd Rahim (Pengetua SMK Raja Chulan)
Naib Pengerusi 1: Tn Hj Muhammad Nawawi B Yaakob (Pengetua SMK Seri Ampang)
Naib Pengerusi 2: En Othman B Abd Aziz (Pengetua SK Jelapang)
Setiausaha: En Amran B Ramly (Pengerua SMK Ulu Kinta)
Naib Setiausaha: YM Raja Zainalabidin B Raja Yahaya (Pengerua SK Seri Ampang)
Bendahari: Cik Hjh Rusnani bt Sharudin (Pengetua SMK Raja Perempuan)

Senarai Tokoh NILAM Daerah Kinta Utara 2008 mengikut kategori:

  1. Mohamad Haziq b Mohd Ridzuan – Sekolah Tunku Abdul Rahman (Bandar)
  2. Nur Syuhada bt Mokhtar – SMK Raja Permaisuri Bainun (Luar Bandar)
  3. Puteri Intan Wadati bt Muhd Azham – SK Seri Ampang (SK Bandar)
  4. Marini bt Ghazali – SK Dato’ Ahmad Said (SK Luar Bandar)

Anugerah Pengurusan NILAM PKGPusat Kegiatan Guru Seri Ampang

Anugerah Pengurusan NILAM Sekolah:

  1. PKG MANJOI: i) SMK Raja Permaisuri Bainun  ii) SK Cator Avenue
  2. PKG SERI AMPANG: i) SMK Simpang Pulai  ii) SK Sg Rapat
  3. PKG SUNGAI PARI: i) SMK Seri Puteri  ii) SK Convent
  4. PKG DATO’ PANGLIMA KINTA: i) SMK Methodist (ACS)  ii) SK Marian Convent
  5. PKG TASEK: i) SMK Aminuddin Baki  ii) SJKC Pei Ching
  6. PKG LAHAT: i) SMK Pengkalan  ii) SJKC Wan Hwa2

Anugerah Sukarelawan NILAM
Bahiyah Bt Ilias (Penjaga murid SK Cator Avenue)

Puan Bahiyah telah melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber secara sukarela di SK Cator Avenue sejak tahun 2005. Penglibatan beliau telah melonjakkan nama SK Cator Avenue dalam melaksanakan Program Nilam serta memenangi pertandingan penghasilan fail tegak hingga ke preingkat Negeri Perak. Dlam aktiviti Nilam, beliau turut membantu membimbing pelajar bagaimana untuk membuat catatan serta membantu guru-guru dalam menjayakan aktiviti Nilam yang dijalankan di Sekolah Cator Avenue Ipoh. Pihak sekolah ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hairunishah dan Pn Bahiyah atas jasa mereka ke atas sekolah terutama murid-murid di SKCAI.

Sekian terima kasih. SKCAI Terbilang dan Gemilang.

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics