Posts Tagged ‘Ketua Kelas’

Program Bimbingan Pengawas Sekolah

Program Bimbingan Khas Untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Pada Hari Sabtu (06/03/10), satu tentatif program yang dianjurkan oleh Guru Pembimbing sekolah iaitu Encik Hanafiah telah berlangsung di dewan PIBG sekolah pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:30 petang. Minum pagi dan makan tengahari telah disediakan oleh guru dan nota juga diberi kepada setiap peserta.

Program dan aktiviti untuk hari ini melibatkan beberapa ceramah penting, iaitu ceramah 1 yang dikendalikan oleh En Hanafiah dengan tajuk ‘Konsep dan Teori Kepimpinan’ dan ‘Ciri-ciri Pemimpin Yang Berwibawa‘.  Manakala ceramah 2 dikendalikan oleh Datin Hjh Zainab Bt Hj Zainul Abidin dengan tajuknya ‘Disiplin Asas Sesuatu Kejayaan‘.

Pada sebelah petang, dua lagi aktiviti akan dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Faiz B Murad dan Encik Mohd Faidzal B Hamdan dengan tajuk masing-masing ‘Input Rohani’ dan ‘Team Building‘. Setiap peserta yang menghadiri program ini akan diberi sijil setelah tamat program ini.

Cikgu berharap selepas menghadiri program ini, pengawas-pengawas sekolah akan lebih berdisiplin dan boleh menjalankan tugas mereka dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan. Sekian terima kasih.


Perlantikan Ketua Kelas

Watikah Ketua & Penolong Kelas SKCAI 2009

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics