Posts Tagged ‘100 Years’

Sambutan SM Anderson 100 Tahun

Sambutan SMK Anderson 100 Tahun Bersama Guru-guru dan Murid-murid SK Cator Avenue Ipoh

Pagi ini sekolah kami terlibat dalam satu majlis pelancaran sambutan perayaan 100 tahun di SMK Anderson Ipoh yang terletak bersebelah dengan sekolah kami. Pada pukul 7:30 am, semua murid dan guru telah berkumpul di dewan sekolah untuk taklimat ringkas tentang susun atur semasa berarak ke Sekolah Menengah Anderson. Setiap kelas dijaga oleh guru kelas dan dibantu oleh seorang guru lagi untuk mamastikan keselamatan murid semasa berjalan ke luar jalan raya menghadap ke Anderson.

Pada pukul 9:00 pagi, keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan disambut dengan meriah oleh murid-murid Anderson dan Cator Avenue. Selepas ini bermulalah majlis dengan lagu kebesaran Negeri Perak dan bacaan doa. Acara-acara lain juga turut dilangsungkan seperti persembahan kebudayaan, perbarisan dan tabik hormat, ikrar Andersonian dan persembahan payung terjun.

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics