Permohonan Penempatan Anak Tahun 1 Bagi 2013
Permohonan Penempatan Kanak-Kanak Tahun 1 Bagi Tahun 2013 dan 2014
Dimaklumkan bahawa permohonan penempatan murid ke Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2013 dan 2014 akan dilaksanakan mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2012 bagi kanak-kanak yang lahir pada 02-01-2006 hingga 01-01-2007 untuk Sesi Persekolahan Tahun 2012 dan kanak-kanak yang lahir pada 02-01-2007 hingga 01-01-2008 untuk Sesi Persekolahan Tahun 2014. Maklumat permohonan penempatan adalah seperti berikut:
Tarikh: 01 hingga 31 Mac 2012
Hari: Isnin hingga Jumaat (Hari Bekerja)
Masa: 8:30 hingga 4:30 petang
Waktu Rehat Pejabat: Isnin-Khamis (1.00-2.00) Jumaat (12.15-2.45)
Tempat: Pejabat Sekolah Kebangsaan Cator Avenue Ipoh
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mempelawa tuan/puan yang mempunyai anak yang lahir dalam tempoh yang dinyatakan di atas untuk membuat permohonan penempatan dengan membawa dokumen berikut:
1. sijil lahir kanak-kanak berkenaan
2. bil elektrik /air / telepon
3. kad pengenalan bapa dan ibu
4. surat hak penjagaan anak angkat
5. surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan
6. maklumat prasekolah / tadika
Nota: Semua dokumen mesti bawa yang asal dan sesalinan fotostat yang telah disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan A, Majikan, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKK Kampung, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah atau Penyelia Pembanguan Mukum.
Nota2: Tempat belajar akan disediakan untuk tiap-tiap kanak-kanak yang telah mendaftar tetapi tiada JAMINAN kanak-kanak itu akan diberi tempat di sekolah yang telah didaftarkan. Sekian, terima kasih.