Peperiksaan Percubaan UPSR
Percubaan UPSR Malaysia 2009
Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2009 bagi murid Tahun 6 akan diadakan mulai 14 Julai 2009 (Selasa) hingga 16 Julai 2009 (Khamis).
Sehubungan dengan itu, semua Kelas Tambahan/Bimbingan dan Kegiatan Kokurikulum yang melibatkan semua murid Tahun 6 adalah dibatalkan mulai 9 Julai 2009 (Khamis) hingga 17 Julai 2009 (Jumaat) sepanjang peperiksaan berjalan.
Kelas Tambahan/Bimbingan dan Kegiatan Kokurikulum akan berjalan seperti biasa selepas minggu peperiksaan. Bersama-sama ini dilampirkan jadual peperiksaan tersebut untuk tindakan dan rujukan pihak tuan selanjutnya.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAB UPSR 2009
14 Julai 2009 (Selasa)
8:10 – 9:00 pagi = Bahasa Melayu (Pemahaman)
9:40 – 10:55 pagi = Bahasa Melayu (Penulisan)
11:40 – 12:20 pagi = Matematik Kertas 2
15 Julai 2009 (Rabu)
8:10 – 9:10 pagi = Matematik Kertas 1
16 Julai 2009 (Khamis)
8:10 – 9:25 pagi = Sains
10:10 – 11:00 pagi = Bahasa Inggeris
11:40 – 12:20 ptg = Bahasa Inggeris 2
Perhatian: P&P akan berjalan seperti biasa selepas peperiksaan sehingga waktu balik sebenar.
Sekian terima kasih. Semoga semua murid Tahun 6 berjaya dalam ujian UPSR.