Hari Temu Waris Sekolah
Hari Temu Waris Sekolah Pertengahan Tahun
Hari Temu Waris SK Cator Avenue bertarikh pada 8 Julai Hari Khamis. Semua murid diwajib hadir bersama ibu bapa masing-masing. Masanya bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada 1:00 petang. Warga Cator ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang banyak memberi kerjasam kepada cikgu dan juga pentadbir. Sekian terima kasih.
Hari Bertemu Waris Sekolah
Hari Mesra Bertemu Waris Tahun 2010
Dimaklumkan bahawa, sekolah kami akan mengadakan “Hari Mesra Bertemu Waris” untuk ibu bapa dan penjaga yang bertujuan untuk memberi peluang kepada tuan membincangkan prestasi anak/jagaan tuan dengan guru kelas atau guru matapelajaran masing-masing bagi mengangi masalah pembelajaran mereka.
Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke sekolah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh: 08 Julai 2010 (Khamis) Masa: 10:00 pagi Tempat: Bilik Darjah masing-masing
Waktu P&P tetap berjalan seperti biasa mulai pukul 7:40 pagi dengan mengikut jadual hari Khamis. Walau bagaimanapun, murid-murid hanya dibenarkan balik awal mulai pukul 10:00 pagi sekiranya ibu bapa atau penjaga datang berhasrat untuk membawa anak/jagaan pulang bersama. Sekian, terima kasih.
Khatam al-Quran 2010
Penyampaian Hadiah untuk Khatam al-Quran
Majlis penyampaian hadiah untuk murid-murid yang terlibat dalam Khatam al-Quran 2010 di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue Ipoh.
Murid tersebut ialah:
1. Amir Akmal Amiruddin (5U)
2. Nur Alif Najmi b Nizar (5N)
3. Abdul Sirajudin b Osman (2U)
Bowling Padang MSSM Perak
Pertandingan ‘Lawnbowls’ (Bowling Padang)
Bowling Padang anjuran MSSM Perak pada tarikh 1-7 Jun 2010 telah berlangsung di Kompleks Sukan Ipoh baru-baru ini. Murid dari Kelas 5M, iaitu adik Aidil Azwadi Bin Mohd Hafni yang mewakili SK Cator Avenue ke Perinkat Kebangsaan telah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan dan semoga adik Azwadi dapat berusaha lagi untuk menjuarai pertandingan ini pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Kerja Rumah Cuti Sekolah
Kerja Rumah Cuti Sekolah Pertengahan Tahun
Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah melalui guru-guru mata pelajaran yang mengajar anak tuan telah menyediakan kerja rumah yang perlu diselesaikan dalam Cuti Pertengahan Semesta 2010. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memantau aktiviti anak tuan dalam menyelesaikan kerja-kerja tersebut.
Semua kerja-kerja tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Besar pada hari pertama persekolahan selepas cuti iaitu pada hari Isnin (21-06-2010). Sekian, terima kasih.
“Selamat Bercuti” and “Happy Holiday“!
Spelling Competition 2010
Perak State School Spelling Competition
Title: Knowledge Discovery Spelling Competition
Date: 18th May 2010 Time: 7.45am – 12.30pm
Place: Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam
Report: Three pupils from SK Cator Avenue, they are Koh Eu Loon, Tang Chi Onn and Somesvaran a/l Sivanathan took part in this spelling competion.
Result: Tang Chi Onn won the consolation prize in this spelling competition.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 Sekolah
Dimaklumkan bahawa, peperiksaan pertengahan tahun 2010 bagi murid Tahun 1 hingga 5 akan diadakan mulai 01 (Selasa) hingga 04 (Jumaat) Jun 2010. Sehubungan dengan itu, berikut dinyatakan beberapa perkara yang perlu dipatuhi untuk perhatian dan tindakan selanjutnya :-
1. Semua murid Tahun 1-5 diwajibkan menduduki peperiksaan tersebut pada hari dan waktu yang telah ditetapkan. Tidap perlu bawa buku pelajaran kecuali untuk ulangkaji.
2. Murid yang gagal hadir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut pada hari yang lain. Penangguhannya hanya dibenarkan jika sekiranya dirawat di hospital dengan mengemukakan sijil sakit hospital.
3. Kegiatan Kokurikulum bagi murid Tahun 4,5,6 ditangguhkan mulai 02 Jun 2010 dan akan diadakan semula mulai 23 Jun 2010.
4. Kelas Tasmik, Kelas Bahasa Cina dan Kelas Bimbingan bagi murid Tahun 1-5 ditangguhkan mulai 31 Mei 2010 dan akan disambung semula mulai 21 Jun 2010, kecuali bagi Program Kelas Bimbingan murid Tahun 6 tetap berjalan seperti biasa.
5. Waktu balik bagi murid Tahun 1-5 adalah seperti jadual waktu persekolahan. Sekian terima kasih.
Mesyuarat Agung PIBG 2010
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Ke-36
Untuk makluman tuan, PIBG sekolah ini akan mengadakan mesyuarat pada tarikh 29 Mei 2010 (Sabtu), jam 9:00 pagi di Dewan PIBG SK Cator Avenue.
Dengan segala hormatnya, PIBG sekolah ini menjemput tuan/puan untuk bersama-sama hadir ke mesyuarat tersebut agar dapat membincangkan perkara-perkara yang penting dalam meningkatkan kecemerlangan murid-murid sekolah ini.
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Usul tuan/puan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG jika sekiranya tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.
![Temu Waris (3) [m] Temu Waris (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-3-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (4) [m] Temu Waris (4) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-4-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (9) [m] Temu Waris (9) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-9-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (13) [m] Temu Waris (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-13-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (26) [m] Temu Waris (26) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-26-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (31) [m] Temu Waris (31) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-31-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (35) [m] Temu Waris (35) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-35-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (39) [m] Temu Waris (39) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-39-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (43) [m] Temu Waris (43) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-43-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (47) [m] Temu Waris (47) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-47-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (51) [m] Temu Waris (51) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-51-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (57) [m] Temu Waris (57) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-57-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (67) [m] Temu Waris (67) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-67-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (70) [m] Temu Waris (70) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-70-m-150x150.jpg)
![Temu Waris (71) [m] Temu Waris (71) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Temu-Waris-71-m-150x150.jpg)
![Khatam al-Quran (3) [m] Khatam al-Quran (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/06/Khatam-al-Quran-3-m-150x150.jpg)
![Khatam al-Quran (4) [m] Khatam al-Quran (4) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/06/Khatam-al-Quran-4-m-150x150.jpg)
![Khatam al-Quran (5) [m] Khatam al-Quran (5) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/06/Khatam-al-Quran-5-m-150x150.jpg)
![Khatam al-Quran (8) [m] Khatam al-Quran (8) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/06/Khatam-al-Quran-8-m-150x150.jpg)
![Khatam al-Quran (10) [m] Khatam al-Quran (10) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/06/Khatam-al-Quran-10-m-150x150.jpg)
![Khatam al-Quran [m] Khatam al-Quran [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/06/Khatam-al-Quran-m-150x150.jpg)




![PIBG 2010 (6) [m] PIBG 2010 (6) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/05/PIBG-2010-6-m-150x150.jpg)
![PIBG 2010 (11) [m] PIBG 2010 (11) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/05/PIBG-2010-11-m-150x150.jpg)
![PIBG 2010 (15) [m] PIBG 2010 (15) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/05/PIBG-2010-15-m-150x150.jpg)
![PIBG 2010 (21) [m] PIBG 2010 (21) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/05/PIBG-2010-21-m-150x150.jpg)
![PIBG 2010 (29) [m] PIBG 2010 (29) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/05/PIBG-2010-29-m-150x150.jpg)
![PIBG 2010 (31) [m] PIBG 2010 (31) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/05/PIBG-2010-31-m-150x150.jpg)


