Cuti Ganti Sekolah
Pemberitahuan Cuti Ganti Sekolah Bulan Ogos
Dimaklumkan bahawa berikut adalah beberapa maklumat untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya :
1. Cuti Ganti (Sempena Hari Deepavali) - Tarikh: 07-08-2010 (Sabtu)
{Mengikut jadual hari Khamis. Semua murid diwajibkan hadir}
2. Penangguhan Kegiatan Aktiviti Ko-Kurikulum - 11-08 hingga 22-09
{Kegiatan Ko-kurikulum akan berjalan seperti biasa mulai 29-09}
3. Hari Nuzul Al-Quran - Tarikh : 27-08-2010 (Jumaat) Cuti tanpa ganti.
4. Hari Kebangsaan / Kemerdekaan – Tarikh : 31-08-2010 (Selasa)
Sekian, terima kasih. “Berkhidmat Untuk Negara”
Pendaftaran Prasekolah 2011
Pendaftaran PraSekolah Sesi 2011
Tawaran dibuka kepada semua kanak-kanak yang lahir pada 2005 mulai 01/08/2010 hingga 21/10/2010. Borang-borang boleh didapati di Pejabat SK Cator Avenue Ipoh (waktu pejabat dari 8.00-5.00 petang) atau dimuat turun dari laman web JPN Perak atau Portal KPM.
Sila sertakan bersama dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang ;
a- 1 salinan surat beranak (anak)
b- 1 salinan K/P bapa
c- 1 salinan K/P ibu
d- 1 salinan slip gaji ibu dan bapa atau penjaga / akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
e- 1 sampul surat beralamat sendiri bersaiz 8” x 11” dan bersetem 50 sen
Keselamatan Murid Sekolah
Pengurusan Keselamatan Murid Sekolah
Dimaklumkan bahawa, masih kedapatan murid yang melakukan aktiviti yang membahayakan sewaktu datang dan pulang dari sekolah ini. Aktiviti ini boleh menggugat keselamatan murid. Sungguh pun perkhidmatan kawalan keselamatan tambahan telah dilaksanakan, namun peruntukan masa dan tempat kawalan adalah terhad.
Sehubungan dengan itu, kehadiran murid selepas jam 7.30 pagi (waktu datang) dan pulang melewati 2.30 petang (waktu balik/keluar) hendaklah menggunakan pintu hadapan sekolah bagi memastikan keselamatan anak tuan dapat dikawal. Pintu belakang (berhadapan hospital) akan ditutup pada waktu tersebut.
Tuan diminta menasihati anak tuan agar mematuhi peraturan keselamatan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Perlu diingatkan bahawa keselamatan adalah merupakan tanggungjawab bersama. Kerjasama dan perhatian tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Kejohanan Tae Kwan Do
Kejohanan Tae-Kwan-Do Peringkat Negeri
Murid dari Kelas 5 Marikh, iaitu Mohd. Alif b. Sadek Bacha telah mewakili sekolah Cator Avenue ke peringkat negeri dan telah mendapat tiga pingat dalam acara Tae-Kwan-Do di peringkat Negeri. Beliau telah mendapat tiga pingat dalam tiga acara yang berlainan dengan keputusan 1 Johan dan 2 Naib Johan pada 9hb Julai di Dewan Sukan Perak. Warga Cator ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik Mohd Alif kerana telah beliau mencapai kecemerlangan dalam acara Tae-Kwan-Do peringkat Negeri. Sekian, terima kasih.
Kem Literasi Al-Quran
Kem Literasi Al-Quran Siri 1 Sekolah Rendah
Sukacita dimaklumkab bahawa beberapa orang murid Islam akan dipilih untuk menghadiri Kem Literasi Al-Quran siri 1 yang akan ditunjuk ajar oleh Ustaz Ahmad Faiz. Semoga ibu bapa memberi kerjasama kepada anak murid dan menghantar mereka pada tetapan berikut iaitu pada tarikh 21 Julai (Rabu) masa 1:00 – 4:00 petang. Kem ini bertujuan untuk membantu murid-murid Islam yang tercicir dalam bacaan Al-Quran. Sekian, terima kasih.
Bank Rakyat Greentown
Pertandingan Mewarna Bank Rakyat Di Greentown Ipoh
Tempat: Dewan Majlis Sukan Negeri Perak (MSN)
Tarikh: 8 Ogos (Ahad) dan Masa: 7:00 pagi – 1:00 petang
Penyertaan adalah PERCUMA dan hadiahnya sangat lumayan !
Terbuka kepada semua murid yang mempunyai akaun simpanan Nuri (Tambahan minimum Rm20 untuk penyertaan). Belum mempunyai akaun? Segeralah membuka akaun simpanan Nuri (minimum sebanyak RM20). Peserta mesti berumur antar 4 hingga 12 tahun. Untuk pertanyaan selanjutnya, sila hubungai Pn Liza: 019-4450544 atau En Faiz: 012-5373189. Nombor telefon pejabat Bank Raykyat Greentown adalah 05-2439296. Sekian, terima kasih.
Program Agama Islam SK
Program Penghayatan Isra’ Mikraj 1431 Hijrah
Tarikh: 16 Julai 2010 (Bersamaan 4 Syaaban 1431 H), Hari Jumaat 10:00 pagi di dewan terbuka baru sekolah. Murid-murid wajib pakai baju Melayu atau pakaian yang sesuainya.
Pengertian Isra’ dan Mikraj:
Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi S.A.W ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Isra’ membawa pengertian perjalan Nabi Muhammad S.A.W pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masjid Al-Haram di Mekah ke masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis. Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Program Pendidikan Moral
Program Pemantapan Nilai Murni 2010
Semua murid bukan Islam diminta menghadiri satu taklimat berkenaan pemantapan nilai murni di dewan terbuka lama selepas waktu rehat. Penceramah hari ini ialah Cikgu Sivanathan dan c.c ialah Cikgu Roshan. Tajuk untuk “Pemantapan Nilai Murni 2010″ ialah, ‘Selalu mengikut peraturan sekolah dan juga arahan guru’. Murid-murid memang suka program ini dan mereka telah mendapat manfaat daripada ceramah ini. Sekian.
Peperiksaan Percubaan UPSR
Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2010
Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2010 untuk murid Tahun 6 akan diadakan mulai 13 Julai 2010 (Selasa) hingga 15 Julai 2010 (Khamis).
Sehubungan dengan itu, semua Kelas Tambahan atau Bimbingan dan Kegiatan Kokurikulum yang melibatkan semua murid Tahun 4,5 dan 6 adalah dibatalkan mulai 12 Julai hingga 16 Julai (Jumaat) 2010 sepanjang peperiksaan berjalan.
Kelas Tambahan/ Bimbingan dan Kegiatan Kokurikulum akan berjalan seperti biasa selepas minggu peperiksaan. Sekian, terima kasih.
Anugerah Kejujuran Murid
Anugerah Kejujuran Murid Di Sekolah Rendah
Dua orang murid telah diberi anugerah sijil kejujuran kerana mereka telah terjumpa dompet dengan wang yang banyak di dalam dan dihantar ke pejabat di sekolah untuk tindakan seterusnya. Mereka adalah Vamanan dari Kelas 5Z dan Azizi dari Kelas 6M. Warga Cator ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan kami sangat berbangga dengan kejujuran mereka dengan itu pihak sekolah memberikan sijil dan hadiah sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Sekian.

![Keselamatan Murid (2) [m] Keselamatan Murid (2) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Keselamatan-Murid-2-m-150x150.jpg)
![Keselamatan Murid (3) [m] Keselamatan Murid (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Keselamatan-Murid-3-m-150x150.jpg)
![Keselamatan Murid [m] Keselamatan Murid [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Keselamatan-Murid-m-150x150.jpg)

![Bank Rakyat Nuri (8) [m] Bank Rakyat Nuri (8) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Bank-Rakyat-Nuri-8-m-150x150.jpg)
![Bank Rakyat Nuri (9) [m] Bank Rakyat Nuri (9) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Bank-Rakyat-Nuri-9-m-150x150.jpg)
![Bank Rakyat Nuri (10) [m] Bank Rakyat Nuri (10) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Bank-Rakyat-Nuri-10-m-150x150.jpg)
![Isra Mikraj (5) [m] Isra Mikraj (5) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Isra-Mikraj-5-m-150x150.jpg)
![Isra Mikraj (9) [m] Isra Mikraj (9) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Isra-Mikraj-9-m-150x150.jpg)
![Isra Mikraj (11) [m] Isra Mikraj (11) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Isra-Mikraj-11-m-150x150.jpg)
![Isra Mikraj (13) [m] Isra Mikraj (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Isra-Mikraj-13-m-150x150.jpg)
![Isra Mikraj (14) [m] Isra Mikraj (14) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Isra-Mikraj-14-m-150x150.jpg)
![Isra Mikraj [m] Isra Mikraj [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Isra-Mikraj-m-150x150.jpg)
![Nilai Murni Moral (7) [m] Nilai Murni Moral (7) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Nilai-Murni-Moral-7-m-150x150.jpg)
![Nilai Murni Moral (18) [m] Nilai Murni Moral (18) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Nilai-Murni-Moral-18-m-150x150.jpg)
![Nilai Murni Moral (21) [m] Nilai Murni Moral (21) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Nilai-Murni-Moral-21-m-150x150.jpg)
