- 1949 – SK Cator Avenue telah ditubuhkan di kawasan 13.5 ekar dengan 5 buah kelas.
- 1962 – Blok 2 tingkat dibina dengan 8 buah bilik darjah. Jumlah kelas bertambah menjadi 27 buah, 18 buah kelas sesi pagi dan 9 buah kelas sesi petang.
- 1966 – Bilangan kelas bertambah menjadi 30 buah.
- 1970 – Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bermula dengan 39 orang murid yang layak dengan peruntukan 50 sen seorang.
- 1972 – Perpustakaan sekolah diwujukdan di bangunan kayu 2 tingkat.
- 1974 – Lencana sekolah dicipta dan PIBG ditubuhkan.
- 1977 – Majalah SURIA yang pertama diterbitkan.
- 1980 – Jumlah murid bertambah menjadi 1350 orang dengan 43 orang guru.
- 1982- Sekolah terpilih untuk percubaan KBSR Tahun 1. Jejantas dari hospital ke sekolah dibina.
- 1986 – Lagu sekolah “Usaha Maju Jaya” dicipta. Liriknya oleh En. Mohd Hanif B Hj Mohd Yusof PJK dan melodinya oleh En Tong Soon Li dan Pn Yee Lai Siong.
- 1987 - Peperiksaan UPSR pertama diadakan dan sekolah mencapai keputusan cemerlang dengan 23 orang mendapat 5A.
- 1989 - 41 orang murid telah mendapat 5A dalam UPSR. Merupakan kedua terbaik dalam Negeri Perak.
- 1995 - Blok 4 tingkat siap dibina. Jumlah murid meningkat kepada 1367 orang dengan 58 orang guru dan 10 staf sokongan. PIBG mengadakan projek Jogathon untuk mengisi tabung dewan sekolah. Bilik muzik dan bengkel kemahiran hidup diubahsuai menjadi pejabat pada 23 September.
- 1996 - Aras bawah blok E diubahsuai untuk dijadikan dewan untuk kemudahan mengadakan aktiviti, peperiksaan dan seminar.
- 1997 - Ekspo Pendidikan Bestari anjuran JPN diadakan di PPD Kinta. Bangunan baru sekolah dirasmikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib B Tun Hj Abdul Razak iaitu Menteri Pendidikan.
- 1998 – 3 buah pondok bacaan dibiayai bersama oleh pihak sekolah dan PIBG. Program Familthon untuk tabung pembinaan sekolah dilancarkan.
- 1999 – Makmal Multimedia diwujudkan dengan 24 buah komputer yang dibiayai oleh PIBG dirasmikan oleh En Sulairiman B. Samson, Timbalan PPD Kinta pada 31 Julai.
- 2000 – Majlis makan malam amal bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak pada 6 Mei di Hotel Syuen, Ipoh. Majlis ini bertujuan untuk mengutip derma bagi membina sebuah dewan sekolah.
- 2001 – Pusat sumber sekolah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak.
- 2002 – Bangunan baru empat tingkat siap dibina. Bangunan ini dilengkapi dengan makmal sains, bilik agama, makmal komputer, bilik tayangan dan 10 buah kelas.
- 2003 – Semua murid Tahap 1 dan 2 menjalani satu sesi persekolahan dengan jumlah murid seramai 1,019 orang dan 53 orang guru.
- 2004 – Pembinaan dewan terbuka sekolah dimulakan pada Mac dan dijangka siap pada Feb 2005.
- 2005 – Majalah Sekolah Sinar Cator diterbitkan semula.
- 2006 – Pentas baru telah siap dibina di dewan terbuka bangunan tahap 2.
- 2007 – Pintu dan pagar sekolah telah dibina semula. Pondok pengawal sekolah juga telah diubahsuai menjadi lebih besar dan selesa.
- 2008 - Bilik guru dan dewan terbuka baru telah dijubinkan menjadi lebih cantik dan selesa.
- 2009 – Surau sekolah dicat semula.
- 2010 - Satu jalan alternatif dengan bumbung dan kolam ikan siap dibina didepan pejabat sekolah.