DIGI RAP Competition
DiGi RAP: Read, Action, Play
SK Cator Avenue telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang mewakili ‘North Region’ (iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak) di dewan SJKC Yuk Choy Ipoh untuk mendapatkan tiket memasuki pertandingan akhir di KL. Seramai 12 orang murid telah berlatih bersungguh-sungguh bersama Cikgu Wong Siew Kuan dan Cikgu Siva. (Cikgu James hanya sebagai supporter dan photographer semasa pertandingan dijalankan.) Guru Besar, En Noor Haris bersama guru-guru lain juga hadir pada hari itu untuk memberi sokongan kepada peserta kita . Mereka adalah Cikgu Farah, Cikgu Mokhtar, Cikgu Noor Izan, Cikgu Kavitha dan juga ibubapa murid. Pertandingan bermula pada pukul 2:00 pm dan tamat pada pukul 7:00 malam. Sekolah kami telah mendapat ‘Gold Medal’ bersama empat buah sekolah lagi dan juga ‘The Best Actor & Actress‘- iaitu dimenangi oleh murid Tham Yongsen. Tetapi malangnya SK Cator Avenue masih tidak dapat memasuki pusingan akhir yang akan berlangsung di KL. Disini Cikgu James telah meletakkan beberapa keping gambar yang diambil semasa pertandingan dijalankan. Cikgu-cikgu di SK Cator Avenue ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan prestasi yang begitu baik sekali di pertandingan DiGi RAP. Sekian terima kasih.
Perhatian: Cikgu James telah rekod video semasa persembahan DiGi RAP Cator Avenue. Kamu semua boleh pergi ke website www.CikguJames.com untuk menontonnya. Thank you. Please give support to our students!







