Archive for the ‘School’ Category

Hari Bertemu Waris Sekolah

Hari Mesra Bertemu Waris Tahun 2010

Dimaklumkan bahawa, sekolah kami akan mengadakan “Hari Mesra Bertemu Waris” untuk ibu bapa dan penjaga yang bertujuan untuk memberi peluang kepada tuan membincangkan prestasi anak/jagaan tuan dengan guru kelas atau guru matapelajaran masing-masing bagi mengangi masalah pembelajaran mereka.

Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke sekolah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh: 08 Julai 2010 (Khamis)      Masa: 10:00 pagi      Tempat: Bilik Darjah masing-masing

Waktu P&P tetap berjalan seperti biasa mulai pukul 7:40 pagi dengan mengikut jadual hari Khamis. Walau bagaimanapun, murid-murid hanya dibenarkan balik awal mulai pukul 10:00 pagi sekiranya ibu bapa atau penjaga datang berhasrat untuk membawa anak/jagaan pulang bersama.  Sekian, terima kasih.


Gotong-Royong Sekolah

Gotong-Royong Membersihkan Sekolah Sempena Hari Guru 2010

Tempat: Setiap Kelas Sekolah
Masa: 8:00 pagi 15 Mei 2010 (Sabtu)
Aktiviti: Mengecatkan Kelas

Pencapaian Kokurikulum Sekolah

Pertandingan Bola Sepak & Perlawanan Olahraga 4x100m

Tempat Ke-3 Bola Sepak Bawah12 Anjuran PPD Kinta Zon C
Jurulatih/Guru Pengiring: Cikgu Mohd Razif dan Ustaz Nassir

Johan Perlawanan Jemputan 4x100m sempena Sukan Tahunan ke-31 di SK Seri Kepayang
Jurulatih/Guru Pengiring: Cikgu Temiserika

Latihan Kebakaran 2010

Latihan Kebakaran Sekolah 2010

Kelas TASMIK j-QAF

Jadual Pelaksanaan Kelas TASMIK j-QAF 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa kelas Tasmik j-QAF bagi murid-murid Tahun 1 hingga 6 akan dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Ianya merupakan kelas tambahan khas untuk pengajian Iqra’ dan Al Quran.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah jadual kelas berkenaan yang akan berkuatkuasa mulai 25 Januari 2010:-

Tahun 2 – 1.00 hingga 2.00 petang ( Hari Isnin) : murid yg terpilih
Tahun 3 – 1.00 hingga 2.00 petang  (Hari Selasa) : murid yg terpilih
Tahun 4,5,6 – 1.30 hingga 2.30 petang  (Hari Selasa) : murid yg terpilih

1 Utarid dan 1 Marikh – 12.30 hingga 1.30 petang (Rabu) : semua murid Tahun1
1 Neptune dan 1 Zuhrah – 12.30 hingga 1.30 petang (Khamis) : murid Tahun1

Kehadiran anak/jagaan tuan ke kelas tersebut adalah DIWAJIBKAN.
Tuan juga diminta menyediakan wang perbelanjaan yang secukupnya dan menguruskan pengankutan balik anak/jagaan tuan pada hari berkenaan. Sekian, terima kasih.

Watikah Ketua Kelas 2010

Watikah Ketua & Penolong Kelas SKCAI 2010

Hari ini, Guru Besar SK Cator Avenue telah menyampaikan sijil perlantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi persekolahan Tahun 2010 kepada mereka yang telah dipilih oleh guru kelas masing-masing. Selepas ini, mereka bergambar bersama-sama dengan guru disiplin dan Guru Besar. Cikgu berharap mereka yang telah dipilih sebagai Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif pada bila-bila masa walaupun tiada guru di dalam kelas. Sekian.

Tokoh Murid 2008

Tokoh Murid SK Cator Avenue Tahun 2008

Tokoh Murid 2008:  Kevin Chan Weng Kit
Guru Besar SK Cator Avenue, En Noor Haris menyampaikan hadiah dan sijil kepada Chan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan jasa Kevin ke atas sekolah kami.

Chan Weng Kit and his father.
Guru SK Cator Avenue mengucapkan tahniah kepada Chan dan ayahnya.
Semoga anak murid Kevin Chan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di sekolah menengah dan seterusnya sehingga ke Universiti. Sekian terima kasih.

Hari Kanak-Kanak 2009

Sekolah Menyambut Hari Kanak-Kanak 2009

Ceramah Kesihatan Gigi

Pegawai Kesihatan Mengajar Murid Menggosok Gigi Dengan Cara Yang Betul

Beberapa orang pegawai kesihatan dari Hospital Besar Ipoh telah hadir ke SK Cator Avenue untuk mengajar murid-murid tahun satu hingga tahun lima cara-cara yang betul untuk menggosok gigi. Pada masa yang sama, mereka juga memeriksa gigi mereka dan memberitahu mereka untuk kurangkan makan gula supaya gigi akan menjadi lebih sihat dan tahan lama. Sekian terima kasih. Jangan lupa menggosok gigi selepas makan dan sebelum tidur.

Bendera Malaysia

Bendera Malaysia = Jalur Gemilang

malaysia-bendera-jalur-gemilang

Setiap negara mempunyai benderanya sendiri. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia merupakan suatu simbol yang melambangkan identiti sesebuah negara. Penggunaan dan penghormatan ke atas bendera dapat meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat.

Bendera Malaysia telah diberi nama JALUR GEMILANG oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.

JALUR – bermaksud 14 jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan hala tuju rakyat negara Malaysia dalam mencapai kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. JALUR GEMELANG memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesunguhnay sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang dan jelas.

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics