Archive for the ‘Pusat Sumber’ Category
Program Bimbingan Pengawas Sekolah
Program Bimbingan Khas Untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
Pada Hari Sabtu (06/03/10), satu tentatif program yang dianjurkan oleh Guru Pembimbing sekolah iaitu Encik Hanafiah telah berlangsung di dewan PIBG sekolah pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:30 petang. Minum pagi dan makan tengahari telah disediakan oleh guru dan nota juga diberi kepada setiap peserta.
Program dan aktiviti untuk hari ini melibatkan beberapa ceramah penting, iaitu ceramah 1 yang dikendalikan oleh En Hanafiah dengan tajuk ‘Konsep dan Teori Kepimpinan’ dan ‘Ciri-ciri Pemimpin Yang Berwibawa‘. Manakala ceramah 2 dikendalikan oleh Datin Hjh Zainab Bt Hj Zainul Abidin dengan tajuknya ‘Disiplin Asas Sesuatu Kejayaan‘.
Pada sebelah petang, dua lagi aktiviti akan dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Faiz B Murad dan Encik Mohd Faidzal B Hamdan dengan tajuk masing-masing ‘Input Rohani’ dan ‘Team Building‘. Setiap peserta yang menghadiri program ini akan diberi sijil setelah tamat program ini.
Cikgu berharap selepas menghadiri program ini, pengawas-pengawas sekolah akan lebih berdisiplin dan boleh menjalankan tugas mereka dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan. Sekian terima kasih.
Anugerah NILAM
Anugerah NILAM Peringkat Sekolah 2009
Pada pagi ini, guru pusat sumber iaitu Cikgu Hairunishah telah memberikan piala dan sijil bagi murid-murid SK Cator Avenue yang telah membaca dan membuat buku NILAM melebihi 100 muka surat. Pada masa yang sama, sekolah kita juga mendapat tempat pertama iaitu Johan dalam pertandingan Fail Tegak pada tahun lepas. Guru Besar pun menyampaikan piala dan sijil bagi murid-murid yang terlibat dalam program itu. Guru Besar juga berterima kasih kepada semua murid dan guru-guru yang telah membantu menjayakan Program NILAM ini di sekolah Cator Avenue. Sekian terima kasih.
Watikah Pengawas Pusat Sumber 2009
Watikah Pengawas-pengawas Pusat Sumber
SK Cator Avenue Ipoh Tahun 2009
Hari ini ialah hari Sabtu, tetapi semua murid diwajib hadir ke sekolah kerana sekolah memohon cuti ganti untuk Tahun Baru Cina 2009. Pada waktu perhimpunan pagi ini, semua murid sekolah berkumpul di dewan terbuka untuk menyaksikan Perlantikan Pengawas Pusat Sumber SK Cator Avenue tahun yang baru ini. Guru Pusat Sumber, Pn Hairunishah mengambil peluang ini memberi sepatah dua kata kepada semua pengawas pusat sumber dan murid-murid Sekolah Cator Avenue mengenai peraturan-peraturan di pusat sumber dan cara-cara meminjam buku dan juga mengingatkan murid supaya selalu membuat buku NILAM pada masa lapang. Kemudian Guru Besar pun menyampaikan sijil pusat sumber kepada pengawas-pengawas yang telah dilantik. Selepas itu, pengawas pusat sumber pun membaca ikrar dan berjanji akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengawas pusat sumber di Sekolah Cator Avenue Ipoh. Akhir sekali, semoga sekolah kita berjaya dan mendapat kecemerlangan dalam semua aspek kegiatan kurikulum dan juga kokurikulum. Sekian Terima Kasih.
![Program Bimbingan Pengawas (3) [m] Program Bimbingan Pengawas (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-3-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (4) [m] Program Bimbingan Pengawas (4) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-4-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (7) [m] Program Bimbingan Pengawas (7) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-7-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (9) [m] Program Bimbingan Pengawas (9) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-9-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (12) [m] Program Bimbingan Pengawas (12) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-12-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (13) [m] Program Bimbingan Pengawas (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-13-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (19) [m] Program Bimbingan Pengawas (19) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-19-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (20) [m] Program Bimbingan Pengawas (20) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-20-m-150x150.jpg)
![Program Bimbingan Pengawas (23) [m] Program Bimbingan Pengawas (23) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Program-Bimbingan-Pengawas-23-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (10) [m] Anugerah NILAM (10) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-10-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (13) [m] Anugerah NILAM (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-13-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (15) [m] Anugerah NILAM (15) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-15-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (18) [m] Anugerah NILAM (18) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-18-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (28) [m] Anugerah NILAM (28) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-28-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (36) [m] Anugerah NILAM (36) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-36-m-150x150.jpg)



