Archive for the ‘Pertandingan’ Category
Bowling Padang MSSM Perak
Pertandingan ‘Lawnbowls’ (Bowling Padang)
Bowling Padang anjuran MSSM Perak pada tarikh 1-7 Jun 2010 telah berlangsung di Kompleks Sukan Ipoh baru-baru ini. Murid dari Kelas 5M, iaitu adik Aidil Azwadi Bin Mohd Hafni yang mewakili SK Cator Avenue ke Perinkat Kebangsaan telah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan dan semoga adik Azwadi dapat berusaha lagi untuk menjuarai pertandingan ini pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Kutipan Derma Temasya Sukan
Johan Kutipan Wang Derma Sukan Sekolah
Johan: Kelas 4U Guru Kelas: Pn Selvarani
Pertandingan Paluan Kompang
Pertandingan Paluan Kompang & Formasi Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara Kelompok 6 Tahun 2010 di SK Cator Avenue Ipoh
Tuan Rumah: SK Cator Avenue Ipoh
Tarikh: 27 April 2010 (Selasa) 3-4pm
Tempat: Dewan PIBG Sekolah Cator
JOHAN: SK RAJA PEREMPUAN
NAIB JOHAN: SK CATOR AVENUE
TEMPAT KETIGA: SK SRI KINTA
Tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah yang mengambil bahagian dan guru-guru yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan pertandingan kompang Tahun 2010. Sekian dan jumpa lagi pada tahun hadapan.
Program Maulidur Rasul dan Moral
Program Maulidur Rasul Sekolah Rendah
Program Moral Pertandingan Mewarna
Skuash Sirkit Remaja Perak
Johan Skuash Sirkit Remaja Perak Under 13
Murid Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, iaitu Tarwin A/L Chandran dari Kelas 4Utarid telah mendapat Johan dalam pertandingan “Skuash Sirkit Remaja Perak Bawah 13 Tahun” anjuran Persatuan Skuash Perak. Semua guru dan murid sekolah mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian Tarwin. Sekian.
Juara Keceriaan Kelas Tahap1
Juara Pertandingan Keceriaan Kelas 2009
Sepanjang Tahun 2009, Kelas 2M telah mendapat markah yang tertinggi antara kelas-kelas Tahun1 hingga 3. Semua murid daripada kelas tersebut telah diberi hadiah oleh Guru Besar SK Cator Avenue atas usaha mereka membersihkan dan menceriakan kelas. Guru kelas mereka, iaitu Cikgu Hajah Hasnah juga telah diberi cenderamata atas jasa beliau membantu murid menceriakan kelas. Warga Cator mengucapkan tahniah kepada beliau. Semoga tahun ini kelas-kelas baru juga akan menceriakan lagi kelas masing-masing supaya sekolah kita selalu kelihatan bersih dan ceria. Sekian terima kasih.
Persembahan Drama Moral
Persembahan Drama Nilai Murni Moral
Murid-murid dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6 menunjukkan persembahan drama yang bertemakan nilai-nilai murni moral di pentas bilik khas. Murid sangat suka menonton persembahan pelakon drama dan mereka memberikan tepukan gemuruh kepada semua pelakon yang sangat berpotensi. Keputusan pertandingan persembahan ini akan diumumkan selepas cuti Raya. Sekian terima kasih dan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru dan murid yang beragama Islam. Bagi murid bukan beragama Islam cikgu mengucapkan selamat bercuti.
Anugerah NILAM
Anugerah NILAM Peringkat Sekolah 2009
Pada pagi ini, guru pusat sumber iaitu Cikgu Hairunishah telah memberikan piala dan sijil bagi murid-murid SK Cator Avenue yang telah membaca dan membuat buku NILAM melebihi 100 muka surat. Pada masa yang sama, sekolah kita juga mendapat tempat pertama iaitu Johan dalam pertandingan Fail Tegak pada tahun lepas. Guru Besar pun menyampaikan piala dan sijil bagi murid-murid yang terlibat dalam program itu. Guru Besar juga berterima kasih kepada semua murid dan guru-guru yang telah membantu menjayakan Program NILAM ini di sekolah Cator Avenue. Sekian terima kasih.

![Johan derma sukan (2) [m] Johan derma sukan (2) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/04/Johan-derma-sukan-2-m-150x150.jpg)
![Johan derma sukan [m] Johan derma sukan [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/04/Johan-derma-sukan-m-150x150.jpg)
![Pn Selvarani [m] Pn Selvarani [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/04/Pn-Selvarani-m-150x150.jpg)




![IMG_4288 [m] IMG_4288 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4288-m-150x150.jpg)
![IMG_4291 [m] IMG_4291 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4291-m-150x150.jpg)
![IMG_4292 [m] IMG_4292 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4292-m-150x150.jpg)
![IMG_4297 [m] IMG_4297 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4297-m-150x150.jpg)
![IMG_4303 [m] IMG_4303 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4303-m-150x150.jpg)
![IMG_4315 [m] IMG_4315 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4315-m-150x150.jpg)
![IMG_4322 [m] IMG_4322 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4322-m-150x150.jpg)
![IMG_4343 [m] IMG_4343 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/IMG_4343-m-150x150.jpg)


![1 [m] 1 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/1-m1-150x150.jpg)
![2 [m] 2 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/2-m1-150x150.jpg)
![3 [m] 3 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/3-m1-150x150.jpg)
![4 [m] 4 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/4-m1-150x150.jpg)
![5 [m] 5 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/5-m1-150x150.jpg)
![6 [m] 6 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/6-m1-150x150.jpg)
![7 [m] 7 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/7-m-150x150.jpg)
![9 [m] 9 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/9-m-150x150.jpg)
![10 [m] 10 [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/10-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (2) [m] Skcai Football (2) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-2-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (4) [m] Skcai Football (4) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-4-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (5) [m] Skcai Football (5) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-5-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (7) [m] Skcai Football (7) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-7-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (8) [m] Skcai Football (8) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-8-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (10) [m] Skcai Football (10) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-10-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (11) [m] Skcai Football (11) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-11-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (12) [m] Skcai Football (12) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-12-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (13) [m] Skcai Football (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-13-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (15) [m] Skcai Football (15) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-15-m-150x150.jpg)
![Skcai Football (16) [m] Skcai Football (16) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-16-m-150x150.jpg)
![Skcai Football [m] Skcai Football [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/10/Skcai-Football-m-150x150.jpg)



![Anugerah NILAM (10) [m] Anugerah NILAM (10) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-10-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (13) [m] Anugerah NILAM (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-13-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (15) [m] Anugerah NILAM (15) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-15-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (18) [m] Anugerah NILAM (18) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-18-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (28) [m] Anugerah NILAM (28) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-28-m-150x150.jpg)
![Anugerah NILAM (36) [m] Anugerah NILAM (36) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/08/Anugerah-NILAM-36-m-150x150.jpg)
