Archive for the ‘Pengumuman’ Category
Kelas Bimbingan Bulan Puasa
Pelaksanaan Program Kelas Bimbingan Sepanjang Bulan Puasa 2010
Dimaklumkan bahawa berikut adalah beberapa maklumat untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya :
1. Kelas Bimbingan Tahun 4 dan 5 (sepanjang bulan puasa)
Tarikh: 11-08-2010 hingga 01-09-2010
Masa : 1.00 – 2.00 petang (Hari Rabu)
Catatan: Sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.
2. Kelas Bimbingan Tahun 6 (sepanjang bulan puasa)
10-08-2010 hingga 02-09-2010
Masa : 1.30 – 2.30 pm (Selasa) dan 1.00 – 2.00pm (Rabu, Khamis)
Catatan: Kelas Bimbingan akan berakhir pada 02-09-2010
Tuan dinasihatkan supaya menguruskan pengangkutan balik anak/jagaan tuan pada tarikh-tarikh berkenaan. Sekian, terima kasih.
Cuti Ganti Sekolah
Pemberitahuan Cuti Ganti Sekolah Bulan Ogos
Dimaklumkan bahawa berikut adalah beberapa maklumat untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya :
1. Cuti Ganti (Sempena Hari Deepavali) - Tarikh: 07-08-2010 (Sabtu)
{Mengikut jadual hari Khamis. Semua murid diwajibkan hadir}
2. Penangguhan Kegiatan Aktiviti Ko-Kurikulum - 11-08 hingga 22-09
{Kegiatan Ko-kurikulum akan berjalan seperti biasa mulai 29-09}
3. Hari Nuzul Al-Quran - Tarikh : 27-08-2010 (Jumaat) Cuti tanpa ganti.
4. Hari Kebangsaan / Kemerdekaan – Tarikh : 31-08-2010 (Selasa)
Sekian, terima kasih. “Berkhidmat Untuk Negara”
Peperiksaan Percubaan UPSR
Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2010
Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2010 untuk murid Tahun 6 akan diadakan mulai 13 Julai 2010 (Selasa) hingga 15 Julai 2010 (Khamis).
Sehubungan dengan itu, semua Kelas Tambahan atau Bimbingan dan Kegiatan Kokurikulum yang melibatkan semua murid Tahun 4,5 dan 6 adalah dibatalkan mulai 12 Julai hingga 16 Julai (Jumaat) 2010 sepanjang peperiksaan berjalan.
Kelas Tambahan/ Bimbingan dan Kegiatan Kokurikulum akan berjalan seperti biasa selepas minggu peperiksaan. Sekian, terima kasih.
Penangguhan Kegiatan Kokurikulum
Penangguhan Kegiatan Kokurikulum Dan Kelas Tambahan
Dimaklumkan bahawa, kegiatan kokurikulum dan kelas bimbingan/tambahan bagi murid Tahun 4,5,6 ditangguhkan buat sementara waktu, mulai 11 hingga 14 Mei 2010. Kegiatan Kokurikulum dan Kelas Bimbingan akan berjalan seperti biasa mulai 17 Mei 2010.
Sehubungan dengan itu, waktu balik murid Tahun 4,5,6 adalah seperti dalam jadual waktu persekolahan biasa. Tuan/puan diminta menguruskan pengangkutan balik anak / jagaan tuan pada tarkh-tarikh berkenaan. Sekian, terima kasih.
Permohonan Penempatan Tahun 2011
Permohonan Penempatan Kanak-Kanak Tahun 1 Bagi Tahun 2011 Dan 2012
Dimaklumkan bahawa permohonan penempatan murid ke Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan 2012 akan dilaksanakan mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2010 bagi kanak-kanak yang lahir pada 02-01-2004 hingga 01-01-2005 untuk Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan kanak-kanak yang lahir pada 02-01-2005 hingga 01-01-2006 untuk Sesi Persekolahan Tahun 2012. Maklumat permohonan penempatan adalah seperti berikut :-
- Tarikh: 01 hingga 31 Mac 2010
- Hari : Isnin hingga Jumaat (Hari Bekerja)
- Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
- Tempat : Pejabat S.K. Cator Avenue Ipoh
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mempelawa tuan/puan yang mempunyai anak yang lahir dalam tempoh yang dinyatakan di atas untuk membuat permohonan penempatan dengan membawa dokumen berikut:
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Asal dan sesalinan fotostat)
- Bil elektrik/ air/ telepon (Asal dan sesalinan fotostat)
- Kad pengenalan bapa dan ibu (Asal dan sesalinan fotostat)
- Surat hak penjagaan anak angkat – jika berkaitan
- Surat nikah/ surat pendaftaran perkahwinan (Asal dan salinan)
- Maklumat prasekolah/Tadika
Nota Penting:
1) Semua salinan fotostat hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan A, Majikan, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKK Kampung, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah atau Penyelia Pembangunan Mukim.
2) Tempat belajar akan disediakan untuk tiap-tiap kanak-kanak yang telah mendaftar tetapi tiada JAMINAN kanak-kanak itu akan diberi tempat di sekolah yang telah didaftarkan. Sekian terima kasih.
Penangguhan Aktiviti Kokurikulum
Pemberitahuan Penangguhan Kegiatan Aktiviti Kokurikulum
Dimaklumkan bahawa Kegiatan Aktiviti Kokurikulum bagi semua murid Tahap 2 (Tahun4,5,6) ditangguhkan buat sementara waktu bermula 5 Ogos 2009 (Rabu) dan akan berjalan seperti biasa mulai 7 Oktober 2009 (Rabu). Sekian terima kasih.
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah
Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah telah menerima aduan dan makluman berkaitan dengan orang yang tidak dikenalai mempelawa dan memujuk murid sekolah ini agar menaiki kenderaan mereka bagi tujuan yang tidak diketahui.
Sebagai langkah awal, pihak sekolah telah mengingatkan semua murid sekolah ini agar menjauhi dan tidak menerima sebarang pelawaan, pujukan dan tawaran dari orang yang tidak dikenali serta murid hendaklah berada di dalam kawasan sekolah sehingga ibu, baga atau penjaga datang.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama tuan agar menasihati dan mengingatkan anak/murid di bawah jagaan tuan supaya berhati-hati dan sentiasa berada di dalam kawasan sekolah sehingga tuan sampai.
Atas kepentingan keselamatan anak tuan, pihak tuan juga dinasihatkan melaksanakan perkara berikut:
- Menghubungi pihak sekolah jika meminta orang lain mengambil anak.
- Maklumkan kepada pengambil agar memberitahu pihak sekolah sebelum mengambil murid bagi menggelakkan salah faham.
- Sampai di kawasan sekolah pada waktu yang tepat.
- Menghubungi pihak sekolah jika anak tuan tidak hadir ke sekolah.
- Anak tuan hendaklah sentiasa berpakaian lengkap dan kemas bagi tujuan pengenalan murid.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“
Kem Bestari Solat
Kem Bestari Solat Fasa1 Tahun5 2009
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menguasai wudhu’ dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Objektif Kem Bestari Solat:
- Murid dapat berwuduk dan bertayamum dengan sempurna.
- Murid dapat melaungkan dan melafazkan azan dengan betul.
- Murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul.
- Murid dapat membaca doa selepas azan dan iqamah dengan betul.
- Murid dapat memahamai surah al-Fatihah, doa iftitah, tahiyyat awal, tahiyat akhir dan doa qunut.
- Murid dapat menghafaz surah al-bayyinah, al-qadr dan al-alaq dengan betul dan lancar.
- Murid dapat malaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.
- Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuq dan muafiq.
Tarikh: 28 Julai 2009 (semua murid Tahun 5)
Masa: 1.30 – 4.30 petang (Selasa)
Tempat: Dewan j-QAF an Surau Al-Firdaurs Sekolah
Bayaran Tambahan Persekolahan
Bayaran Tambahan Sekolah Tahun 2009
Dengan hormatnya merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP.AK.SEK/500-5(36) bertarikh 8 Mei, 2009.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk memungut Bayaran Tambahan Persekolahan bagi Tahun 2009 berjumlah RM 37.00 bagi membiayai pelaksanaan aktiviti murid sepanjang tahun 2009.
3. Sehubungan dengan itu pihak tuan dikehendaki menjelaskan bayaran tersebut mulai 20 Julai 2009 kepada guru kelas anak tuan, bagi memastikan anak tuan mendapat kemudahan dan penyertaan dalam semua aktiviti sekolah.
Sekian, kerjasama dan keperihatinan pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.


