Archive for the ‘Kokurikulum’ Category
Kejohanan Tae Kwan Do
Kejohanan Tae-Kwan-Do Peringkat Negeri
Murid dari Kelas 5 Marikh, iaitu Mohd. Alif b. Sadek Bacha telah mewakili sekolah Cator Avenue ke peringkat negeri dan telah mendapat tiga pingat dalam acara Tae-Kwan-Do di peringkat Negeri. Beliau telah mendapat tiga pingat dalam tiga acara yang berlainan dengan keputusan 1 Johan dan 2 Naib Johan pada 9hb Julai di Dewan Sukan Perak. Warga Cator ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik Mohd Alif kerana telah beliau mencapai kecemerlangan dalam acara Tae-Kwan-Do peringkat Negeri. Sekian, terima kasih.
Bowling Padang MSSM Perak
Pertandingan ‘Lawnbowls’ (Bowling Padang)
Bowling Padang anjuran MSSM Perak pada tarikh 1-7 Jun 2010 telah berlangsung di Kompleks Sukan Ipoh baru-baru ini. Murid dari Kelas 5M, iaitu adik Aidil Azwadi Bin Mohd Hafni yang mewakili SK Cator Avenue ke Perinkat Kebangsaan telah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan dan semoga adik Azwadi dapat berusaha lagi untuk menjuarai pertandingan ini pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Penangguhan Kegiatan Kokurikulum
Penangguhan Kegiatan Kokurikulum Dan Kelas Tambahan
Dimaklumkan bahawa, kegiatan kokurikulum dan kelas bimbingan/tambahan bagi murid Tahun 4,5,6 ditangguhkan buat sementara waktu, mulai 11 hingga 14 Mei 2010. Kegiatan Kokurikulum dan Kelas Bimbingan akan berjalan seperti biasa mulai 17 Mei 2010.
Sehubungan dengan itu, waktu balik murid Tahun 4,5,6 adalah seperti dalam jadual waktu persekolahan biasa. Tuan/puan diminta menguruskan pengangkutan balik anak / jagaan tuan pada tarkh-tarikh berkenaan. Sekian, terima kasih.
Kawad Kaki Kadet Polis Anderson
Persembahan Kawad Kaki Kadet Polis Sekolah Menengah Anderson
Pada waktu kokurikulum, sekolah kami telah menjemput Kadet Polis dari Sekolah Menengah Anderson membuat satu pertunjukkan kawad kaki di dewan PIBG sekolah. Semua murid tahap dua diminta duduk mengelilingi dewan untuk menyaksikan persembahan yang disediakan khas oleh budak lama SK Cator Avenue yang kini sudah belajar di SM Anderson. Selepas tamat pertunjukkan, persatuan uniform sekolah pun membuat latihan masing-masing di kawasan lapang sekolah.
Jadual Waktu Kokurikulum 2010
Jadual Waktu Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum SK Cator Avenue 2010
Dimaklumkan bahawa mulai 13.01.2010, waktu kokurikulum bagi setiap hari Rabu adalah seperti berikut:-
Masa Aktiviti
1.00-1.45ptg Rehat& Solat- Murid Islam
Rehat& Pusat Sumber Sekolah -Murid Bukan Islam
1.45-2.45ptg kelas Bimbingan
3.00-4.00ptg Kelab Persatuan atau Unit Beruniform (Berselang seli)
4.00-5.00ptg Sukan/Kelab Permainan
Sehubungan dengan itu, berikut adalah beberapa perkara yang telah diatur dan perlu dipatuhi semasa hari kokurikulum:-
a) Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 tidak dibenarkan balik/ keluar dari kawasan sekolah.
b) Sebelum aktiviti kokurikulum bermula, semua murid berkenaan dibenarkan makan, bersolat dan berada di Pusat Sumber Sekolah.
c) Semua ibu bapa/ penjaga dibenarkan membekalkan dan menghantar makanan di Pintu kedua.
d) Tuan diminta menguruskan pengangkutan dan wang perbelanjaan yang secukupnya untuk anak/ jagaan tuan pada hari berkenaan. Kantin sekolah akan dibuka pada waktu tengahari bagi membolehkan anak/ jagaan tuan membeli makanan.
Sekian terima kasih.


![Kadet Polis Kawad (3) [m] Kadet Polis Kawad (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Polis-Kawad-3-m-150x150.jpg)
![Kadet Polis Kawad (4) [m] Kadet Polis Kawad (4) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Polis-Kawad-4-m-150x150.jpg)
![Kadet Polis Kawad (5) [m] Kadet Polis Kawad (5) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Polis-Kawad-5-m-150x150.jpg)
![Kadet Polis Kawad (7) [m] Kadet Polis Kawad (7) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Polis-Kawad-7-m-150x150.jpg)
![Kadet Polis Kawad (10) [m] Kadet Polis Kawad (10) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Polis-Kawad-10-m-150x150.jpg)
![Kadet Polis Kawad (13) [m] Kadet Polis Kawad (13) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Polis-Kawad-13-m-150x150.jpg)
![Kadet Remaja Kawad (3) [m] Kadet Remaja Kawad (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Remaja-Kawad-3-m-150x150.jpg)
![Kadet Remaja Kawad (5) [m] Kadet Remaja Kawad (5) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Remaja-Kawad-5-m-150x150.jpg)
![Kadet Remaja Kawad (6) [m] Kadet Remaja Kawad (6) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/03/Kadet-Remaja-Kawad-6-m-150x150.jpg)