Archive for the ‘Hari Raya’ Category

Bantuan Raya Untuk Murid Sekolah

Sumbangan Daripada Sekolah & PIBG Kepada Murid Miskin Dan Anak Yatim Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG (Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Cator Avenue) telah memberi sumbangan kepada murid-murid miskin dan anak-anak yatim yang sedang belajar di sekolah ini. Pada pagi Jumaat yang mulia ini, sekolah kami dengan sukacitanya dapat menjemput Yang Dipertua PIBG Sekolah kami, iaitu Tn Hj Megat Ahmad Shaarani dan Guru Besar bersama-sama untuk memberikan sumbangan kepada golongan murid yang miskin.


Pada masa yang sama, warga Cator juga ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua guru dan murid di sekolah ini. Semoga sihat selalu dan selamat bercuti. Sekian, terima kasih.

Majlis Hari Raya sekolah

Majlis Hari Raya Aidilfitri Di SK Cator Avenue

Majlis jamuan makan sempena Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan bersama oleh Penjabat Pentadbiran dan Kelab Staf Guru SK Cator Avenue Tahun 2009. Semua guru dan staf sokongan dijemput makan bersama-sama dan menikmati kuih-muih raya yang enak yang dibawa oleh cikgu. Selamat Hari Raya saya ucapkan sekali lagi kepada semua warga Cator. Sekian terima kasih.

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics