Archive for the ‘General’ Category
Sumbangan Daripada Guru
Sumbangan daripada warga cator sebanyak Rm150 kepada murid Muhammad Syahmi bin Shazali, kelas 4N yang baru kehilangan ayah minggu yang lepas.
PK Hem iaitu Pn Hamsiah mewakili warga cator memberikan duit itu kepada Syahmi.
Kelab Nuri Dari Bank Rakyat
Bank Rakyat Memperkenalkan Kelab Nuri
Pada pagi ini, selepas perhimpunan sekolah pada setiap hari Isnin. Pegawai dari Bank Rakyat Ipoh memperkenalkan tabung simpanan bernama ‘Kelab Nuri‘ kepada semua murid SK Cator Avenue. Tujuan mereka datang ialah untuk mempromosikan tentang simpanan akaun baru khas untuk kanak-kanak dan pada masa yang sama juga memberitahukan kebaikan menyimpan duit di Bank Rakyat. Ada seorang pegawai yang berpakaian seperti seekor burung nuri menunjukkan hadian-hadiah yang akan diberi dengan percuma jika budak membuka akaun baru dan menyimpan duit di Bank Rakyat. Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web Bank Rakyat di (www.bankrakyat.com.my) Sekian terima kasih daripada admin lamanweb sekolah.
Mesyuarat AJK PIBG
Mesyuarat Pertama AJK PIBG Sesi 09/10
Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 26 Jun 2009 (Jumaat) Masa: 4.00 petang Tempat: Bilik Gerakan SK Cator Avenue

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
- Ucapan Pengerusi
- Ucapan Penasihat
- Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
- Membincangkan Keputusan Mesyuarat Agung PIBG 2009
- Bayaran Tambahan Persekolahan 2009
- Sumbangan Khas PIBG 2009
- Aktiviti-aktiviti 2009
- Hal-hal Lain
Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PIBG SKCAI 2009
Penasihat: En Noor Haris B. Dzulkifli, PPT
Yang Dipertua: Tn Hj Megat Ahmad Shaarani B. Megat Shahruddin, PMP, AMP
Naib Y.Dipertua: En Awtar Singh A/L Mukha Singh
Setiausaha: En Mohamad Temiserika B. Abdul Halam
Pen. Setiausaha: Pn Nurulhusna Bt Ahmad Azizi
Bendahari: Pn Rohana Bt Noordin
AHLI-AHLI JAWATANKUASA:
- En Harjit Singh A/L Suthdev Singh
- Dr. Megat Iskandar B. Megat Abdul Hamid
- En Rajendran A/L Ramasamy
- En Muniandy A/L Awarajoo
- Pn Tan Chooi Leng
- Pn Zarina Bt Ghazali
- En Karunamoorthy A/L Ponusamy Varian
- Pn Nur Farah Yap Bt Abdullah
- En James Quak Boon Hooi
- Cik Norhayati Bt Mat Isa
- Pn Nor Kamariah Bt Noordin
Hari Mesra Bertemu Waris
Pemberitahuan Hari Mesra Bertemu Waris Tahun 2009
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Dimaklumkan bahawa sekolah Cator Avenue akan mengadakan “Hari Mesra Bertemu Waris” untuk ibu bapa dan penjaga yang bertujuan untuk memberi peluang kepada tuan membincangkan prestasi anak/jagaan tuan dengan guru kelas/ guru mata pelajaran masing-masing bagi mengangi masalah pembelajaran mereka.
Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke sekolah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu) Masa: 10.00 pagi Tempat: Bilik Darjah masing-masing
Waktu P&P tetap berjalan seperti biasa mulai pukul 7.40 pagi dengan mengikut jadual hari Jumaat. Walaubagaimanapun, murid-murid hanya dibenarkan balik awal mulai pukul 10.00 pagi sekiranya ibubapa / penjaga datang berhasrat untuk membawa anak/ jagaan pulang bersama. Sekian terima kasih.
“Berkhidmat Unutk Negara”
Saya yang menurut perintah,
En Noor Haris B. Dzulkifli PPT
Guru Besar SK Cator Avenue
Pemeriksaan Kesihatan Murid
Pemeriksaan Kesihatan Untuk Murid Tahun 1
Semua murid Tahun 1 wajib diperiksa oleh pegawai kesihatan dari hospital kerajaan untuk menentukan tahap kesihatan mereka di sekolah. Di bawah menunjukkan gambar dimana murid-murid Tahun 1 sedang diperiksa oleh jururawat dari hospital besar kerajaan negeri Perak. Mereka diperiksa dari segi penglihatan dan tahap kecergasan.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Pertengahan Tahun 2009
SK Cator Avenue akan mengadakan ‘Peperiksaan Pertengahan Tahun’ selama empat hari mulai 25 hingga 28 bulan Mei 2009. Jadual peperiksaan akan diberi kepada semua murid pada minggu depan oleh guru kelas masing-masing. Cikgu berharap mulai minggu ini, murid-murid boleh meluangkan lebih masa dalam membuat ulangkaji dan banyakkan lagi latihan pengukuhan dalam subjek yang lemah. Sekian terima kasih.
Cuti Ganti Hari Raya
Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri
Dengan hormatnya surat KP(BS/Dsr)201/002/8(8) adalah dirujuk dan berkaitan. Dimaklumakan bahawa sempena Hari Raya Aidil Fitri, sekolah akan bercuti mulai 19 hingga 25 September 2009 dan akan dibuka semula pada 28 September 2009 (Isnin). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan supaya sekolah mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti seperti berikut:
Tarikh Cuti: 23/09/09 (Rabu) – Cuti Peristiwa (Tidak perlu diganti)
Tarikh Cuti: 24/09/09 (Khamis)- Cuti Berganti (Ganti pada 11/04/09 Sabtu) <Jadual Khamis>
Tarikh Cuti: 25/09/09 (Jumaat)- Cuti Berganti (Ganti pada 27/06/09 Sabtu)<Jadual Jumaat>
Sehubungan dengan itu, pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan sepenuhnya pada hari tersebut mengikut jadual waktu seperti di atas. Murid yang tidak hadir dikira ponteng dan akan dicatat dalam Buku Rekod Disiplin Murid.
Tuan-tuan dan Puan-puan diminta menguruskan pengangkutan pergi balik anak/jagaan tuan/puan pada tarikh-tarikh berkenaan.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“
Saya yang menurut perintah,
(NOOR HARIS BIN DZULKIFLI PPT)
GURU BESAR
Jadual Baru Aktiviti Koko
Jadual Baru Untuk Aktiviti Kokurikulum 2009
Setiap Hari Rabu, Sekolah Cator Avenue akan mengadakan aktiviti kokurikulum dan juga latihan sukan mulai 11 Mac. Jadual masa telah dicetak dan diberikan kepada semua murid. Murid-murid dikehendaki memakai baju uniform mengikut unit masing-masing pada hari itu. Sesiapa yang belum mendapat jadual tersebut diminta rujuk kepada guru kelas masing-masing atau kawan sekelas.
Pada hari Rabu selepas waktu sekolah pada pukul 1 petang, murid-murid akan diberi masa setengah jam untuk makan dan tukar baju. Selepas ini mereka perlu berkumpul mengikut kumpulan masing-masing iaitu kelab atau pasukan unit yang telah dipilih untuk mereka oleh setiausaha unit kokurikulum.
Setiap murid mesti mematuhi peraturan-peraturan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti di kawasan sekolah atau di luar pagar sekolah, iaitu apabila menjalankan latihan sukan di padang SMK Anderson. Pada masa yang sama, ibubapa murid juga perlu datang menjemput mereka pada masa pulang mereka dengan secepat mungkin supaya mereka tidak keluar dan bermain di Sekolah Anderson. Kerjasama semua ibubapa amat dihargai.
Sekian terima kasih daripada admin web sekolah.
Cuti Sekolah Seminggu
Cuti Sekolah Penggal Satu Bulan Mac
Semua sekolah di Malaysia mula bercuti dari 14hb Mac sehingga 22hb Mac 2009 sebanyak satu minggu atau 9 hari campur Sabtu dan Ahad. Untuk murid-murid Tahun 6, mereka dikehendaki datang ke SK Cator Avenue kerana pihak sekolah telah menyediakan kelas tambahan untuk mereka. Cikgu-cikgu telah menyediakan latihan atau program WAJA untuk murid tahun 6 supaya mereka dapat menjawab soalan-soalan yang berpandukan UPSR tahun 2009. Sekian terima kasih.
![Kelab Nuri Bank Rakyat (2) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (2) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-2-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (3) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (3) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-3-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (4) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (4) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-4-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (5) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (5) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-5-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (6) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (6) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-6-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (7) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (7) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-7-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (8) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (8) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-8-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat (9) [m] Kelab Nuri Bank Rakyat (9) [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-9-m-150x150.jpg)
![Kelab Nuri Bank Rakyat [m] Kelab Nuri Bank Rakyat [m]](http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2009/06/Kelab-Nuri-Bank-Rakyat-m-150x150.jpg)




