Archive for the ‘Festival’ Category

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji, mendidik dan mempimpin Putra putri negara kita.  Pada Seri Paduka, kami tumpahkan setia Rukun Negara kita, panduan hidup kami semua.  Di bidang pembangunan, kami tetap bersama membantu, membina Negara yang tercinta.  Amanah yang diberi kami tak persiakan. Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan.

SELAMAT HARI GURU - “TERIMA KASIH CIKGU
***GURU PEMBINA NEGARA BANGSA***

 

Selamat Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru Sekolah 2010

Sekolah akan menyambut Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei (Isnin) waktu 8:00 am hingga 1:00 pm di tapak perhimpunan SK Cator Avenue Ipoh. Semua murid diwajib hadir kerana hari itu adalah hari sekolah dan aktiviti telah disediakan bukan sahaja kepada guru tetapi murid juga akan terlibat secara tidak langsung dalam permainan atau sukaneka dalam perlawanan dengan cikgu. Harap kita semua boleh merayakan Hari Guru Tahun 2010 dengan lebih meriakan dan seronok. Sekian terima kasih.

Gotong-Royong Peringkat Sekolah

Gotong-Royong Perdana Peringkat Sekolah Sempena Hari Guru 2010

Dimaklumkan bahawa, bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru 2010, semua sekolah di seluruh negara dikehendaki mengadakan serentak aktiviti gotong-royong perdana peringkat sekolah pada tarikh 15 Mei 2010 (Sabtu), jam 8:30 pagi.

Bagi memeriahkan aktiviti ini, pihak sekolah disarankan bukan sahaja melibatkan guru dan murid tetapi digalakkan juga melibatkan ibu bapa dan masyarakat setempat. Aktiviti terancang yang telah diatur oleh pihak sekolah adalah mengecat bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, tuan turut dijemput hadir bersama dan dialu-alukan kiranya sudi menghulurkan sumbangan ikhlas samada berbentuk wang atau cat KCC 588 (RM 85/liter) sebagai sokongan bagi memurnikan tujuan kami itu.

Kerjasama, komitmen dan jasa baik tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Hari Buku Sedunia 2010

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2010

OBJEKTIF HARI BUKU SEDUNIA

  1. Meningkatkan minat membaca didalam dan diluar sekolah.
  2. Memberi pendedahan kepada murid mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
  4. Mengenali lebih ramai penulis buku tempatan dan luar negara.

Jadikan Bahan Penulisan Sebagai Satu Bimbingan.
MEMBACA BUDAYA SEKOLAH KITA.


Harijadi Guru Bulan Mac 2010

Guru SKCAI Menyambut Harijadi Bulan Mac

Guru-guru SK Cator Avenue yang menyambut harijadi pada bulan Mac 2010 ialah:
Cikgu Rossilawati, Cikgu Syaharom, Cikgu Norziana, Cikgu Hjh Hasnah dan akhir sekali Cikgu Norhisyam
.
Warga Cator mengucapkan ‘Selamat Harijadi’ khas kepada mereka. Happy Birthday & Happy Teaching!!

Tahun Baru Cina 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010

Warga Cator mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru Cina‘ kepada semua kaum cina yang meyambut Tahun Baru Cina. Dan bagi murid-murid lain, cikgu juga ingin mengucapkan ‘Selamat Bercuti’ . Disini, cikgu perlu mengingatkan murid bahawa selepas cuti adalah ujian pertama sekolah, maka murid perlu menggunakan masa cuti untuk membuat sedikit ulangkaji. Sekian terima kasih. ‘HAPPY TIGER YEAR

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Selamat Meyambut Hari Krismas Dan Tahun Baru 2010

Sudah satu bulan lebih guru-guru dan murid-murid bercuti, sekarang tibalah masanya untuk kembali ke sekolah. Pada minggu yang terakhir di bulan Disember, cikgu dan murid dapat bercuti sambil menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2010. Maka disini, warga Cator ingin mengucapkan “Merry Christmas & Happy New Year” kepada semua guru dan murid yang beragama Kristian dan menyambut perayaan ini. Cikgu berharap semua murid Cator Avenue dapat kembali ke sekolah mengikut jadual persekolahan 2010 yang telah ditetapkan. Cikgu tidak sabar untuk berjumpa dengan kamu sekalian. Sekian terima kasih.

Happy Deepavali 2009

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2009

Warga SK Cator Avenue ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali dan selamat bercuti kepada semua guru dan murid terutama bagi mereka yang beragama Hindu. Semoga pada hari yang mulia ini kita boleh bersama-sama merayakan dengan hati yang terbuka dan gembira. Sekian terima kasih.

Deepavali 2009

Majlis Hari Raya sekolah

Majlis Hari Raya Aidilfitri Di SK Cator Avenue

Majlis jamuan makan sempena Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan bersama oleh Penjabat Pentadbiran dan Kelab Staf Guru SK Cator Avenue Tahun 2009. Semua guru dan staf sokongan dijemput makan bersama-sama dan menikmati kuih-muih raya yang enak yang dibawa oleh cikgu. Selamat Hari Raya saya ucapkan sekali lagi kepada semua warga Cator. Sekian terima kasih.

Jamuan 1Malaysia Di SK

Jamuan Untuk Program 1Malaysia Di Sekolah Rendah Cator Avenue Ipoh

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics