Bendera Malaysia
Bendera Malaysia = Jalur Gemilang

Setiap negara mempunyai benderanya sendiri. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia merupakan suatu simbol yang melambangkan identiti sesebuah negara. Penggunaan dan penghormatan ke atas bendera dapat meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
Bendera Malaysia telah diberi nama JALUR GEMILANG oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.
JALUR – bermaksud 14 jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan hala tuju rakyat negara Malaysia dalam mencapai kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. JALUR GEMELANG memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesunguhnay sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang dan jelas.