Dimaklumkan bahawa Kelas Bimbingan Persediaan UPSR 2010 bagi semua murid Tahun 6 semasa cuti sekolah akan diadakan mulai 15 (Isnin) hingga 18 (Khamis) Mac 2010. Sehubungan dengan itu, sesalinan jadual kelas telah diedarkan kepada setiap murid untuk tindakan dan rujukan tuan selanjutnya. Kalau ada persoalan tentang kelas bimbingan, boleh menghubungi pejabat sekolah pada waktu pagi.
Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir ke kelas tersebut dengan berpakaian seragam sekolah. Murid-murid dibenarkan membawa bekalan makanan ke sekolah sebab kantin sekolah tidak akan menyediakan makanan untuk murid. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan terlebih dahulu diucapkan dengan ribuan terima kasih. Sekian.
Mar 06 2010
Posted by Cikgu James in Program Sekolah, Pusat Sumber |
Pada Hari Sabtu (06/03/10), satu tentatif program yang dianjurkan oleh Guru Pembimbing sekolah iaitu Encik Hanafiah telah berlangsung di dewan PIBG sekolah pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:30 petang. Minum pagi dan makan tengahari telah disediakan oleh guru dan nota juga diberi kepada setiap peserta.
Program dan aktiviti untuk hari ini melibatkan beberapa ceramah penting, iaitu ceramah 1 yang dikendalikan oleh En Hanafiah dengan tajuk ‘Konsep dan Teori Kepimpinan’ dan ‘Ciri-ciri Pemimpin Yang Berwibawa‘. Manakala ceramah 2 dikendalikan oleh Datin Hjh Zainab Bt Hj Zainul Abidin dengan tajuknya ‘Disiplin Asas Sesuatu Kejayaan‘.
Pada sebelah petang, dua lagi aktiviti akan dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Faiz B Murad dan Encik Mohd Faidzal B Hamdan dengan tajuk masing-masing ‘Input Rohani’ dan ‘Team Building‘. Setiap peserta yang menghadiri program ini akan diberi sijil setelah tamat program ini.
Cikgu berharap selepas menghadiri program ini, pengawas-pengawas sekolah akan lebih berdisiplin dan boleh menjalankan tugas mereka dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan. Sekian terima kasih.
Mar 05 2010
Posted by Cikgu James in Pertandingan, Program Sekolah |
Dimaklumkan bahawa permohonan penempatan murid ke Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan 2012 akan dilaksanakan mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2010 bagi kanak-kanak yang lahir pada 02-01-2004 hingga 01-01-2005 untuk Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan kanak-kanak yang lahir pada 02-01-2005 hingga 01-01-2006 untuk Sesi Persekolahan Tahun 2012. Maklumat permohonan penempatan adalah seperti berikut :-
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mempelawa tuan/puan yang mempunyai anak yang lahir dalam tempoh yang dinyatakan di atas untuk membuat permohonan penempatan dengan membawa dokumen berikut:
Nota Penting:
1) Semua salinan fotostat hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan A, Majikan, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKK Kampung, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah atau Penyelia Pembangunan Mukim.
2) Tempat belajar akan disediakan untuk tiap-tiap kanak-kanak yang telah mendaftar tetapi tiada JAMINAN kanak-kanak itu akan diberi tempat di sekolah yang telah didaftarkan. Sekian terima kasih.
Murid Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, iaitu Tarwin A/L Chandran dari Kelas 4Utarid telah mendapat Johan dalam pertandingan “Skuash Sirkit Remaja Perak Bawah 13 Tahun” anjuran Persatuan Skuash Perak. Semua guru dan murid sekolah mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian Tarwin. Sekian.
Program Maulidur Rasul merupakan salah satu program tahunan SK Cator Avenue. Program ini dikhususkan untuk guru-guru dan murid-murid Islam di bawah kelulaan Panitia Pendidikan Islam SK Cator Avenue.
Objektif Program Maulidur Rasul adalah:
Tarikh: 5 Mac 2010 bersamaan 19 Rabi’ul Awal 1431 Hijrah
PERHATIAN:
1. Murid-murid hendaklah membawa buku mengikut jadual peperiksaan untuk tujuan ulangkaji.
2. Masa rehat dan balik adalah seperti tercatat dalam jadual waktu penilaian.
3. Murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 hendaklah membawa pensel warna untuk kegunaan semasa ujian dijalankan.
Warga Cator mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru Cina‘ kepada semua kaum cina yang meyambut Tahun Baru Cina. Dan bagi murid-murid lain, cikgu juga ingin mengucapkan ‘Selamat Bercuti’ . Disini, cikgu perlu mengingatkan murid bahawa selepas cuti adalah ujian pertama sekolah, maka murid perlu menggunakan masa cuti untuk membuat sedikit ulangkaji. Sekian terima kasih. ‘HAPPY TIGER YEAR‘
Pada pagi ini, Pn Hamsiah (PK HEM SK Cator Avenue) telah memberikan sumbangan atau bantuan khas kepada murid Cina yang miskin sempena Tahun Baru Cina 2010. Mereka dihadiahkan alat tulisan dan limau serta makanan ringan.Mereka sangant gembira dan telah mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah. Sekian.
Tarikh: 6 Februari 2010 Hari: Sabtu Masa: 8:00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka Blok Tahap2 Sekolah Cator Avenue Ipoh
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2010
Pengerusi: En Noor Haris Bin Dzulkifli PPT
Naib Pengerusi: En Jauhari Bin Mohd Isa
Pn Hamsiah Binti Mohd Yatim
En Mokhtar Baharuddin Bin Abd AMP
Penyelaras: Pn Rohana bt Noordin
Guru Kelas Tahun Enam 2010
Pn Nur Farah Yap Bt Abdullah – 6 Pluto
Pn Wong Siew Kuan – 6 Utarid
Pn Syaharom Bt Idris – 6 Marikh
Pn Sharifah Nor Azian Bt Syed Othman – 6 Neptune
En Roshan Kumar – 6 Zuhrah
Program-Program Utama UPSR 2010 SKCAI.com