Archive for January, 2010

Kelas TASMIK j-QAF

Jadual Pelaksanaan Kelas TASMIK j-QAF 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa kelas Tasmik j-QAF bagi murid-murid Tahun 1 hingga 6 akan dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Ianya merupakan kelas tambahan khas untuk pengajian Iqra’ dan Al Quran.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah jadual kelas berkenaan yang akan berkuatkuasa mulai 25 Januari 2010:-

Tahun 2 – 1.00 hingga 2.00 petang ( Hari Isnin) : murid yg terpilih
Tahun 3 – 1.00 hingga 2.00 petang  (Hari Selasa) : murid yg terpilih
Tahun 4,5,6 – 1.30 hingga 2.30 petang  (Hari Selasa) : murid yg terpilih

1 Utarid dan 1 Marikh – 12.30 hingga 1.30 petang (Rabu) : semua murid Tahun1
1 Neptune dan 1 Zuhrah – 12.30 hingga 1.30 petang (Khamis) : murid Tahun1

Kehadiran anak/jagaan tuan ke kelas tersebut adalah DIWAJIBKAN.
Tuan juga diminta menyediakan wang perbelanjaan yang secukupnya dan menguruskan pengankutan balik anak/jagaan tuan pada hari berkenaan. Sekian, terima kasih.

Watikah Ketua Kelas 2010

Watikah Ketua & Penolong Kelas SKCAI 2010

Hari ini, Guru Besar SK Cator Avenue telah menyampaikan sijil perlantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi persekolahan Tahun 2010 kepada mereka yang telah dipilih oleh guru kelas masing-masing. Selepas ini, mereka bergambar bersama-sama dengan guru disiplin dan Guru Besar. Cikgu berharap mereka yang telah dipilih sebagai Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif pada bila-bila masa walaupun tiada guru di dalam kelas. Sekian.

Cuti Peristiwa Sekolah 2010

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sekolah Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti mulai 13 hingga 21 Februari 2010 dan akan dibuka semula pada 22 Februari 2010 (Isnin). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan supaya sekolah mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti seperti berikut : -

Tarikh Ganti:               Jenis Cuti:             Tarikh Cuti:                  Catatan:
Tidak Perlu diganti       Cuti Peristiwa      17/02/10 (Rabu)            -
23/01/2010 (Sabtu)   Cuti Berganti        18/02/10 (Khamis)       Jadual Khamis
06/02/2010 (Sabtu)   Cuti Berganti        19/02/10 (Jumaat)      Jadual Jumaat

Sehubungan dengan itu, pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan sepenuhnya pada hari tersebut mengikut jadual waktu seperti di atas. Murid yang tidak hadir dikira ponteng dan akan dicatat dalam Buku Rekod Disiplin Murid. Ibubapa diminta menguruskan pengangkutan pergi balik anak/jagaan tuan pada terikh-tarikh berkenaan. Sekian terima kasih.

Tokoh Murid 2008

Tokoh Murid SK Cator Avenue Tahun 2008

Tokoh Murid 2008:  Kevin Chan Weng Kit
Guru Besar SK Cator Avenue, En Noor Haris menyampaikan hadiah dan sijil kepada Chan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan jasa Kevin ke atas sekolah kami.

Chan Weng Kit and his father.
Guru SK Cator Avenue mengucapkan tahniah kepada Chan dan ayahnya.
Semoga anak murid Kevin Chan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di sekolah menengah dan seterusnya sehingga ke Universiti. Sekian terima kasih.

Jadual Waktu Kokurikulum 2010

Jadual Waktu Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum SK Cator Avenue 2010

Dimaklumkan bahawa mulai 13.01.2010, waktu kokurikulum bagi setiap hari Rabu adalah seperti berikut:-
Masa Aktiviti
1.00-1.45ptg           Rehat& Solat- Murid Islam
Rehat& Pusat Sumber Sekolah -Murid Bukan Islam
1.45-2.45ptg            kelas Bimbingan
3.00-4.00ptg          Kelab Persatuan atau Unit Beruniform (Berselang seli)
4.00-5.00ptg           Sukan/Kelab Permainan

Sehubungan dengan itu, berikut adalah beberapa perkara yang telah diatur dan perlu dipatuhi semasa hari kokurikulum:-
a) Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 tidak dibenarkan balik/ keluar dari kawasan sekolah.
b) Sebelum aktiviti kokurikulum bermula, semua murid berkenaan dibenarkan makan, bersolat dan berada di Pusat Sumber Sekolah.
c) Semua ibu bapa/ penjaga dibenarkan membekalkan dan menghantar makanan di Pintu kedua.
d) Tuan diminta menguruskan pengangkutan dan wang perbelanjaan yang secukupnya untuk anak/ jagaan tuan pada hari berkenaan. Kantin sekolah akan dibuka pada waktu tengahari bagi membolehkan anak/ jagaan tuan membeli makanan.
Sekian terima kasih.

Juara Keceriaan Kelas Tahap1

Juara Pertandingan Keceriaan Kelas 2009

Sepanjang Tahun 2009, Kelas 2M telah mendapat markah yang tertinggi antara kelas-kelas Tahun1 hingga 3. Semua murid daripada kelas tersebut telah diberi hadiah oleh Guru Besar SK Cator Avenue atas usaha mereka membersihkan dan menceriakan kelas. Guru kelas mereka, iaitu Cikgu Hajah Hasnah juga telah diberi cenderamata atas jasa beliau membantu murid menceriakan kelas. Warga Cator mengucapkan tahniah kepada beliau. Semoga tahun ini kelas-kelas baru juga akan menceriakan lagi kelas masing-masing supaya sekolah kita selalu kelihatan bersih dan ceria. Sekian terima kasih.

Hari Pertama Sekolah 2010

Selamat Kembali Ke SK Cator Avenue

Hai kepada Guru-guru dan muri-murid sekalian, warga cator mengucapkan selamat kembali ke Sekolah Kebangsaan Cator Avenue Ipoh pada hari pertama sesi persekolahan 2010. Semoga pada tahun ini, cikgu dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran manakalan murid dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah atau ujian UPSR. Tetapi pada masa yang sama, cikgu juga berharap semua murid dan guru memakan dengan seimbang dan menjaga kesihatan diri. Kerana badan sihat, otak cergas! Sekian terima kasih.
(Maklumat tambahan: Hari ini juga adalah Harijadi CikguJames ! Selamat Harijadi Cikgu.
:)


Pendaftaran Sekolah 2010

Majlis Pendaftaran & Suaikenal Murid Tahun 2010

Majlis Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah.
Taklimat Keibubapaan 2010 SK Cator Avenue Ipoh.

Tarikh: 2 Januari 2010    Hari: Sabtu    Masa: 8.00 pagi- 11.00 pagi

UPSR 2010 Countdown
Nuffnang
School World Visitors
Free counters!
School Web Statics