Sekolah Menyambut Hari Guru 2012

SK Cator Avenue Ipoh Menyambut Hari Guru Ke-41

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Program Hari Guru SK 2012

Program Hari Guru di SK Cator Avenue Ipoh

Besok hari Rabu sekolah kami akan menyambut Hari Guru yang Ke-41. Tahun ini Tema Hari Guru ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara“. Semoga semua murid dapat meraikan hari ini bersama-sama dengan guru di SK Cator Avenue dengan penuh kemesraan dan cikgu berharap semua murid dapat menunjukkan sikap dan kelakuan yang baik pada hari tersebut kerana cikgu tidak ingin lagi menegur dan memarahi murid pada hari yang mulia ini. Sekian terima kasih.

 

Penangguhan Kegiatan Aktiviti Kokurikulum

Dimaklumkan bahawa, kegiatan aktiviti kokurikulum (16 Mei) hari Rabu bagi murid-muridTahun 3, 4, 5, dan 6 adalah ditangguhkan pada tarikh berikut:

1. (15-05-2012) : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

2.(23-05-2012): Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Anak/jagaan tuan dinasihatkan agar menggunakan peluang ekoran dari pelepasan yang diberikan berikutan penangguhan kegiatan aktiviti kokurikulum untuk mengulang kaji pelajaran agar mencapai kejayaan kecemerlangan dalam peperiksaan. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan terlebih dahulu diucapkan dengan ribuan terima kasih. Sekian.

 

Pertandingan Kompang dan Kriket Kinta Utara

Di bawah adalah  2 pasukan sekolah yang telah memasuki pertandingan kompang dan kriket dan telah mendapat tempat naib johan dan tempat ke-5 adalam acara masing-masing. Warga Cator mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka kerana telah berusaha bersungguh-sungguh demi pencapaian yang cemerlang untuk Sekolah Cator Avenue Ipoh.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Ujian PKSR 1 SK Cator Avenue 2012

Dimaklumkan bahawa, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 akan dilaksanakan mulai 21 Mei (Isnin) hingga 24 Mei (Khamis) 2012. Merujuk kepada peraturan yang berkuatkuasa, semua murid dikehendaki menduduki peperiksaan tersebut. Data dan maklumat peperiksaan akan digunakan bagi pengurusan murid, termasuk perubahan kelas akan dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut.

Peperiksaan akan dilaksanakan pada tarikh berdasarkan jadual peperiksaan yang telah ditetapkan sahaja (sebarang pindaan, akan dimaklumkan). Murid yang gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut pada tarikh yang lain.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memastikan anak/jagaan tuan membuat persediaan yang rapi dan terancang bagi menghadapai peperiksaan serta hadir pada hari-hari peperiksaan diadakan. Bersama-sama ini dilampirkan jadual peperiksaan tersebut untuk tindakan dan rujukan pihak tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih.

TaeKwonDo Championship Peringkat Negeri Perak

Martial Arts TaeKwon-Do Championship Peringkat Negeri Perak 2012

Cikgu mengucapkan tahniah kepada murid Aravind a/l Anparasan dari Kelas 5U yang telah menyertai dengan jayanya sebagai “Silver Team Pattern (Male U12)” danSilver Individual Pattern” pada 1hb Mei 2012 di Dewan SJKC Chung Tack, Kg Simee Ipoh Perak. Selamat berjaya dan teruskan usaha lagi.

Murid Thailand Lawatan Sambil Belajar

Murid Thailand Melawat Ke Sekolah Cator Avenue Sambil Belajar

Seramai 4 orang murid dari Negara Thailand telah melawat ke SK Cator Avenue pada 2hb Mei 2012 (Hari Rabu). Sebelum ini, mereka telah diiring oleh seorang guru kami iaitu Pn Asmalida pada hari Selasa. Murid Thailand ini telah dibawa ke beberapa tempat yang terkemuka di Ipoh seperti Gunung Lang, Lost World Tambun dan Temple Ipoh. Apabila mereka melawat ke sekolah kami, mereka telah melawat sekeliling sekolah Cator Avenue dan juga belajar kawad kaki bersama ahli Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh Cikgu James. Selepas siap kawad kaki, mereka ada lagi satu permainan sepak takraw bersama guru-guru yang diketuai oleh Cikgu Amran. Cikgu harap murid-murid Thailand ini dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat rasa pengalaman yang indah ini di SK Cator Avenue Ipoh Perak. Harap mereka dapat datang lagi dengan membawa murid-murid yang lebih ramai lagi. Sekian, terima kasih.

Pertandingan Kompang Dan Kriket Kinta Utara

Johan Kompang Dan Formasi Kelompok 6 Kinta Utara

Johan Kriket Bawah 12 SR Kelompok Kinta Utara

Pertandingan Catur Dan Perkhemahan Kadet

Murid-Murid Yang Mewakili Sekolah Dalam Pertandingan Catur Dan Perkhemahan Kadet Peringkat Negeri

Murid Kuhan dan murid Amir Irfan dari Kelas 6Pluto telah mendapat Tempat Ke-3 dan Ke-2 dalam Pertandingan Catur Zon Kinta Utara kategori bawah12 Tahun 2012. Cikgu ucapkan tahniah!

Murid Nor Fakrulah bin Hasan dari Kelas 6Zuhrah telah mewakili SK Cator Avenue ke Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Perak di Gua Manong, Kuala Kangsar dan Nor Fakrulah telah berjaya mendapat pangkat Koperal dalam perkhemahan tersebut. Tahnish cikgu ucapkan!

Pemberitahuan Cuti Dan Ganti Sekolah

Pemberitahuan Cuti Sekolah Dan Ganti Sekolah Bulan April

Pemberitahuan:
1) CUTI SEMPENA HARI PERTABALAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG
    (11-4-2012) RABU

2) CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK
     (19-4-2012) KHAMIS

3) CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA HAJI
     (21-4-2012) SABTU
Semua murid diminta hadir ke sekolah pada 21-4-12 dengan mengikut jadual Khamis.

Kerjasama dan keperihatianan dari pihak tuan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

 

Ujian UPSR Tahun 2012
Nuffnang
Join SK Cator Avenue facebook

School World Visitors
Free counters!
School Web Statics